Berdiri di hadapan cermin, lihat diri anda. Adakah anda setampan Shah Rukh Khan? Adakah otot-otot anda segagah Arnold Schwarzenegger?http://www.cute-smiley.com

Dengan ketinggian yang anda ada, mampukah anda memikat model secantik Nasha Aziz? http://www.cute-smiley.comAdakah gaji anda cukup lumayan bagi menakluki hati gadis-gadis jelita untuk dijadikan isteri?

Sambil berdiri di hadapan cermin, tanyakan soalan ini, “Adakah aku memiliki ciri-ciri lelaki yang diidamkan wanita? “Kalau masih belum pasti, di bawah ini adalah ciri-ciri lelaki yang paling dikehendaki oleh kaum Hawa seperti saya iaitu….

1. Yang bercita-cita besar untuk menolong orang lain yang memerlukan, bukannya hidup dilamun angan-angan dan perlu ditolong.

2. Yang tidak malu berkata; “Sy minta maaf, sy lah yang bersalah.”

3. Yang dapat melihat pelbagai pengaruh buruk cuba merosakkan hidupnya tapi tanpa ragu-ragu berkata ''TIDAK''

4. Yang meletakkan urusan Tuhan melebihi segala-galanya.

5. Yang membuat sesuatu,misalnya melaksanakan impiannya, dengan bersungguh-sungguh dan apabila berjaya, dia menghadiahkan setinggi-tinggi perhargaan kepada orang-orang yang membantunya.

6. Yang sentiasa tersenyum, merendah diri dan mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan kedudukan.

7. Yang melihat kesilapan diri sendiri sebelum melihat kesilapan orang lain.

8. Yang sedia mencurahkan wang, masa dan kebolehannya kepada orang lain tanpa memikirkan balasan.

9. Yang sentiasa berusaha untuk menjadi contoh terbaik kepada anak-anaknya daripada hanya beromong kosong mengenai hal tersebut.

10. Yang membawa anak2 ke rumah ibadat, bukannya menghantar mereka ke sana.

11. Yang sentiasa menjadi pembimbing kepada isteri dan anak2 nya dalam agama,bukannya isteri yang membimbing suami utk mendekatkan diri dalam ilmu agama.

(waahh..romantika!nak suami mcm ni! http://www.cute-smiley.com )

ehemmm...dah baca??amacam??

Anda rase adakah ketampanan, gaji dan otot2 sasa di badan kaum2 adam
yg membaca post sy ini relevan dengan ciri-ciri di atas?


hehe..
SELAMAT MENILAI!!

0 comments:

Post a Comment