Hari ini,9 Julai 2010...
Genap setahun pemergian seorang insan yang bernama
Nur Syafira Bt Ismail
seorang sahabat yang amat aku sayangi..
kehilangannya membuatkanku hilang seribu bahasa,
jatuh terkaku apabila mendengar berita kehilangannya

pada setahun yg lalu.....

Ya ALLAH...kuatkan semangatku..

T_T


Sahabat,
Raut wajahmu masih lagi segar dalam kotak fikiranku,
Wajah yg cantik tp kau derita menanggung kesakitan,
Kata-kata mu masih lagi ku ingati,
Walau aku baru hendak mengenalimu,
Kau telah pergi untuk selamanya.
Allah lebih menyayangi mu..

Hati ini penuh sayu dan pedih,
Apabila mendapat berita kehilanganmu,
Fikiran ini resah memikirkan mu di sana,
Tetapi kuasa Allah tiada tandingannya..


Sahabat,
Kau pergi dalam aku amat memerlukan mu,
Kau pergi dalam aku tidak bersedia..
Aku redha atas qada' dan qadar YANG MAHA ESA.

Kini kau telah pergi meninggalkan aku dan sahabatmu yg lain,
Tetapi percayalah kenangan kita bersama akan sentiasa diingati,
Doa dan ayat-ayat suci akn aku kirimkan dari jauh,
Semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat ILAHI.


Baju yg kau kirim sebelum pemergianmu,
masih aku simpan hingga ke hari ini..

dan kerap ku sarungkan di badanku...

CANTIK syg...cantik..


terima kasih sahabat
walaupun kita pernah bersama2 membelinya dahulu..


Kadang-kadang,kesayuan tidak dapat kubendung
hingga menitiskan air mataku..
Hanya kesabaran dalam diri dan bingkisan doa
yg ku dpt dititipkan kepada Allahyarhammah Shafira...


"Sahabatku...akan ku teruskan perjuangan ini...
walaupun kutahu kau sudah tiada disisi...."
InsyaALLAH....Al-Fatihah.... :'(

0 comments:

Post a Comment