Ini adalah surat yg ku terima dari arwah sahabatku pada setahun yg lalu.....
Buat sahabatku Alyaa.
Assalamualaikum,
Aku bersyukur sangat-sangat sebab Allah telah mempertemukan kita, walaupun pertemuan kita hampir 6 tahun lamenye tapi aku tetap berterima kasih kepada Allah sebab melalui kau, aku berpeluang mengenali erti sahabat sejati. Maafkan aku atas segala kesilapan yang pernah aku lakukan sepanjang persahabatan kita. Sebenarnya aku pun dah tak tahu nak tulis apa. Pinggang aku sakit sangat ni tapi aku tak nak tinggalkan kau tanpa kata. Kalau boleh aku nak sangat jumpa kau. Takut nanti tak sempat. Mungkin sekarang ni aku dah dipanggil menghadap Ilahi. Kalau boleh, aku nak tengok kau sebelum kita berpisah buat selama-lamanya tapi aku juga nak minta maaf kalau kau hanya sempat tengok jasad kaku sahabat kau ni. Bukan aku nak tapi ingatlah mati itu pasti bagi setiap manusia. Aku harap, kau akan bersabar. Tolong doakan aku di sana ye. Sebenarnya, aku takut sangat Alya. Aku takut mati. Aku takut amalan aku tak cukup tapi apakan daya, aku dah tak boleh nak buat apa kalau dah takdir aku akan pergi dulu. Cuma aku harap kau teruskan impian kita untuk jadi wanita solehah. Gunakanlah masa dengan sebaik mungkin. Laksanakanlah ibadah dan perintah Allah selagi masa masih ada sebab kita tak tahu bila sebenarnya ajal maut kita. Ingatlah sahabatku, kematian tidak akan menunggu sehingga seseorang itu bersedia untuk menghadapinya.
Buat tatapan Alyaa, aku tinggalkan sehelai baju yang pernah kita sama2 beli dahulu...dan aku sempat tuliskan lirik lagu nasyid yang kita suka. Ingatkan?? Hayatilah setiap bait kata-kata yang ada pada lirik ni. Akhir kata doakanlah sahabatmu ini di sana. Wassalam.
UNIC: Sebuah Pertemuan
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau nsanea rahmat-Nya mengatasi segala
Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau nsanea rahmat-Nya mengatasi segala
Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
Surat itu dilipat kembali. Tanganku terketar-ketar selepas membaca surat itu. Surat terakhir daripada seorang sahabat. Tanpa dapat ditahan, kolam mataku pecah lagi. Bagaikan baru semalam kami dipertemukan, kenangan kami bersama masih segar di ingatan.
"Ya Allah, kau tempatkanlah sahabatku dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin," doaku di dalam hati.
"Semoga syurga menjadi milikmu, sahabatku. Walaupun pertemuan kita di dunia fana ini telah berakhir, aku berdoa agar kita dipertemukan kembali di Jannah-Nya. Amin."
"Ya Allah, kau tempatkanlah sahabatku dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin," doaku di dalam hati.
"Semoga syurga menjadi milikmu, sahabatku. Walaupun pertemuan kita di dunia fana ini telah berakhir, aku berdoa agar kita dipertemukan kembali di Jannah-Nya. Amin."
0 comments:
Post a Comment